Senarai Pasukan dan Kumpulan Piala Malaysia 2019

Senarai Pasukan dan Kumpulan Piala Malaysia 2019. Hari ini telah berlangsung sesi pengundian peringkat kumpulan bagi Piala Malaysia. Ramai dah yang tak sabar nak tengok aksi pasukan kegemaran masing-masing beraksi.

Untuk pengetahuan anda, sebanyak 16 pasukan telah layak untuk kejohanan kali ini. Selain dari pasukan dari liga super, pasukan dari liga perdana juga layak untuk menyertai piala malaysia.

Senarai Pasukan dan Kumpulan Piala Malaysia 2019


Sebelum itu, kami nak ingatkan anda yang mana liga super malaysia sudah habis kesemua perlawanan untuk musim ini. Juaranya telah ditentukan iaitu pasukan JDT.

Selepas ini saingan akan tertumpu kepada Piala Malaysia sahaja lah kan. Jangkaan tarikh mula Piala Malaysia adalah pada bulan Ogos ini. Tak berapa hari sahaja lagi.

Juara bertahan untuk musim lepas adalah Pasukan Perak. Anda masih ingat comeback mereka dalam perlawanan epik tersebut?

Kami masih ingat detik-detik kemenangan mereka. Tapi bolehkah mereka mengekalkan kejuaraan mereka?

Senarai Pasukan dan Kumpulan Piala Malaysia 2019


Berikut merupakan pasukan-pasukan yang layak bertanding untuk musim ini.

Kumpulan A - Kedah, Terengganu, Pkns FC dan Negeri Sembilan.

Kumpulan B - JDT, PJ City, PKNP dan Uitm FC.

Senarai Pasukan Piala Malaysia 2019

Kumpulan C - Pahang, Perak, Sabah dan Pulau Pinang.

Kumpulan D - Selangor, Melaka, PDRM dan Felda.

Kesemua pasukan akan bertanding mengikut peringkat kumpulan terlebih dahulu sebelum bermain diperingkat seterusnya.

Agak-agak pasukan manakah yang akan memenangi gelaran Juara musim ini? Jom komen pasukan pilihan anda di bawah ini ya.


 Jom tengok bola live di channel telegram kami!

klik link di bawah ini ya.


0/Post a Comment/Comments

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post