Wan Kuzain Sertai Skuad Bawah 23 Tahun Sahaja. Sebelum perlawanan Indonesia vs Malaysia tempoh hari, peminat bola sepak tempatan mendapat khabar gembira dari benua Amerika. Berita yang dimaksudkan itu adalah mengenai pemain tengah, Wan Kuzain yang kini berkelana di Amerika Syarikat menyatakan hasrat untuk bermain dengan pasukan Harimau Malaya.

Wan Kuzain kini bermain dengan pasukan Sporting Kansas City merupakan pemain berdarah kacukan. Beliau mendapat perhatian peminat tempatan kerana mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Menurut FAM, Wan Kuzain akan mewakili pasukan bawah 23 tahun negara dan akan bermain dalam sukan Sea yang akan berlangsung tidak lama lagi.



Namun peminat tempatan mahukan dia beraksi bersama Harimau malaya. Mengulas mengenai spekulasi tersebut, bapa kepada Wan Kuzain, Wan Kamal berkata anaknya hanya akan bermain dengan skuad bawah 23 tahun negara sahaja.

Dia lebih berminat untuk menyarung jersi pasukan USA untuk aksi di Piala Dunia nanti. Jadi kita tunggu sama ada dia akan berubah hati atau tidak nanti.

Tak dinafikan pasukan negara mungkin boleh layak ke Piala Dunia Qatar 2022. Namun untuk menjamin perkara tersebut memang agak sukar. Namun begitu, kita masih menagih kepakaran wan kuzain untuk aksi di Sukan Sea nanti.

Misi memburu emas dalam kejohanan tersebut akan bermula tidak lama lagi. Semoga berjaya buat wan kuzain dan harimau muda nanti.

 Jom tengok bola live di channel telegram kami!

klik link di bawah ini ya.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post