Kelab Liga Jerman, VFL Wolfsburg Kembali Jalani Latihan. Seperti kita semua sedia maklum, sejak dari kemunculan Virus Covid 19 di negara-negara eropah, liga utama mereka telah di tangguh dan berkemungkinan akan di batalkan. Namun setakat ini status liga utama eropah bersifat ditangguhkan sementara.

Semua pasukan di larang untuk berlatih dan mengadakan perlawanan persahabatan dalam tempoh penangguhan ini. Ia berikutan keseriusan virus covid 19 yang sedang melanda dunia.

Namun begitu, lain pula yang terjadi pada kelab Wolfsburg. Menurut Pengarah urusan kelab, Jorg Schmadtke telah memaklumkan pasukan itu mengambil kira kemungkinan perlawanan akan disambung semula pada 2 April walaupun ada yang melihat ianya tidak realisitik berdasarkan situasi terkini. Namun pihaknya perlu membuat persediaan yang sewajarnya.


Wolfsburg Kembali Jalani Latihan


Bagaimanapun dalam kenyataan dari kelab tersebut, mereka juga menjelaskan latihan yang akan diteruskan dibuat dalam beberapa kumpulan kecil.

“VfL Wolfsburg akan menyambung latihan seperti yang telah dirancang pada Isnin 23 Mac di bawah pengawasan khas dan akan mematuhi langkah-langkah penjagaan kebersihan yang ketat.

“Bermula pada waktu pagi, skuad kendalian ketua jurulatih, Oliver Gasner akan berlatih di Volkswagen Arena dalam kumpulan-kumpulan kecil dan akan bergerak berselang-seli mengikut disiplin latihan yang ditetapkan termasuk penggunaan gimnasium sehingga notis selanjutnya menyusul.” petikan kenyataan rasmi kelab.

Komen admin:

Kelab Liga Jerman, Wolfsburg Kembali Jalani Latihan.

Kita di Malaysia memang terkesan dengan Virus ini. Sehinggakan rakyat kita hanya memikirkan kesembuhan yang sempurna sebelum melangsungkan kehidupan seperti biasa.

Sudah pasti risiko kelab wolfsburg ambil ini akan memberi kesan kepada mereka dan juga masyarakat sekeliling.

Semoga semuanya baik-baik sahaja.

Sekian.



 Jom tengok bola live di channel telegram kami!

klik link di bawah ini ya.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post