FAM Tolak Rayuan Pulau Pinang, KL dan Sabah!

FAM Tolak Rayuan Pulau Pinang, KL dan Sabah! Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menolak rayuan tiga pasukan untuk menggunakan jurulatih tanpa lesen kejurulatihan Pro AFC dalam Liga Super musim depan.

Seperti sedia maklum, hanya jurulatih yang mempunyai lesen kejurulatihan pro afc sahaja yang dapat menjadi jurulatih pasukan liga super mulai musim 2021 nanti.

FAM Tolak Rayuan Pulau Pinang, KL dan Sabah!

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, mengesahkan bahawa pihak Jawatankuasa Pelesenan Kelab FAM (FIP), menolak rayuan yang dikemukakan pasukan Sabah (Jelius Ating), Kuala Lumpur (Nidzam Adzha Yusoff) dan Pulau Pinang (Manzoor Azwira).

FAM Tolak Rayuan Pulau Pinang, KL dan Sabah!

"Apa yang saya boleh laporkan di sini adalah Jawatankuasa Pelesenan Kelab atau FIP telah mengambil keputusan untuk menolak kesemua rayuan (untuk menggunakan) jurulatih, penolong jurulatih dan jurulatih kecergasan, seperti yang terkandung dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM," kata Stuart kepada Nadi Arena.

"Keputusan jawatankuasa adalah menolak permohonan tiga kelab tersebut.

"Bukan sekadar itu, polisi dan prinsipnya sudah ada dan di sini, kami tidak boleh berpatah balik daripada peraturan sedia ada.

FAM Tolak Rayuan Pulau Pinang, KL dan Sabah!


"Dan dengan isu yang berbangkit daripada COVID-19, kami tidak boleh menggunakan elemen tersebut kerana jika menggunakan alasan tersebut, kami perlu memberikan lebih penjelasan kepada pihak-pihak lain," katanya.

Sumber : Stadium Astro.

Komen aku:

Nampak gayanya ketiga-tiga pasukan ini akan mempunyai ketua jurulatih baru. Berkemungkinan juga 3 jurulatih iaitu Nidzam Adzha, Manzoor Azwira dan Jelius Ating akan menjadi pengurus pasukan selepas ini.

Sama-sama kita nantikan.



 Jom tengok bola live di channel telegram kami!

klik link di bawah ini ya.


lalala

0/Post a Comment/Comments

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post