Portimonense tersingkir, Safawi belum diturunkan. Dalam perlawanan awal pagi tadi, pasukan Portimonese kalah 1-0 kepada UD Leiria dalam Taca de Portugal ( Piala Fa Portugal). Keputusan tersebut juga menyaksikan penyerang kebangsaan, Safawi Rasid belum membuat penampilan sulung bersama skuad senior Portimonense SC.

Namun begitu, nama safawi tersenarai dalam pemain simpanan pasukan. 

Malah, situasi itu menyaksikan laman sosial kelab Portugal itu terus menjadi sasaran 'serangan' penyokong Malaysia yang mengharapkan penampilan sulung daripada pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu.

Portimonense tersingkir, Safawi belum diturunkan.


Dia yang menyertai kelab Portugal itu secara pinjaman selama semusim sebelum ini hanya berpeluang membuat penampilan bersama skuad bawah 23 tahun Portimonense.

Ketika ini, pemain berusia 23 tahun itu sudah lebih sebulan bersama kelab itu dan dia dilihat berdepan tekanan dari luar padang selepas penyokong Malaysia sentiasa menantikan kelibat pertamanya setiap kali Portimonense beraksi.

Bagi aku, mungkin taktikal coach masih belum sesuai dengan safawi tapi pencapaian memasuki senarai pemain simpanan juga satu yang bagus kerana ia akan membuka lebih ruang untuk perlawan-perlawanan selepas ini.

Apa-apa pun, teruskan beri sokongan kepada safawi supaya dia tak stress dan dapat terus beraksi di pentas eropah untuk jangka masa yang panjang.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post