AC Milan, Tottenham dan Leicester City Berjaya ke pusingan 32 pasukan Terakhir

AC Milan, Tottenham dan Leicester City Berjaya ke pusingan 32 pasukan Terakhir. Pasukan AC Milan menang 1-0 keatas pasukan Sparta Praha dalam perlawanan akhir peringkat kumpulan Liga Europa musim ini. 

AC Milan, Tottenham dan Leicester City Berjaya ke pusingan 32 pasukan Terakhir


Berdasarkan keputusan ini juga, Ac Milan berjaya melayakkan diri ke pusingan 32 pasukan terakhir bersama dengan Lille yang telah lebih awal melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Gol Ac Milan dijaringkan oleh Jens Petter Hauge pada minit ke 23 dan dalam perlawanan ini juga kita dapat saksikan satu kad merah dilayangkan pada Dominic Plechaty pada minit 77. Dia merupakan pemain pasukan Sparta Praha.

Sementara itu, Tottenham Hotspur  terus berjaya memenangi perlawanan apabila mereka mengalahkan Rotal Antwerp dengan jaringan 2-0. Gol mereka di jaringkan oleh Vinicius dan Giovani Lo Celso. 

Pasukan Leicester City juga turut menang dengan jaring 2-0 hasil jaringan Cengiz Under dan Harvey Barnes.


 Jom tengok bola live di channel telegram kami!

klik link di bawah ini ya.


lalala

0/Post a Comment/Comments

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post