"

Chelsea Bertemu Athletico Madrid, Lampard Terbayang Kekalahan Liverpool Musim Lalu. Selepas sesi pengundian. Temubual bersama pengurus Chelsea, Frank Lampard, merasakan skuadnya akan menghadapi perlawanan sengit dari pasukan Athletico Madrid dalam pusingan kalah mati nanti. 


Chelsea Bertemu Athletico Madrid, Lampard Terbayang Kekalahan Liverpool Musim Lalu.


Ditambah pula, Athletico hanya kalah 2 kali dalam semua pertandingan musim ini. Mereka juga telah menyingkirkan Liverpool pada pusingan yang sama musim lepas.

"Saya fikir ramai orang akan mengatakan ini adalah hasil undian yang agak berat. Melihat bagaimana mereka bermain di La Liga dan kejohanan eropah, menurut saya kebanyakan orang akan mengatakan itu," kata Lampard.

"Di sisi lain, saya fikir semua hasil undian di Liga Champions berat," katanya lagi.

Namun, Lampard mengaku skuad yang sedia ada telah bersedia dalam sesi kalah mati ini.

"Kami harus memiliki kepercayaan diri, mencuba mengalahkan pasukan- pasukan smacam itu jika kami ingin menang Champion League," tegasnya.

"Saya juaa menonton mereka mengalahkan Liverpool tahun lalu, yang jelas mereka merupakan pasukan yang hebat dan memiliki pengalaman dan kualiti," tegas legenda Chelsea itu.

Chelsea akan bertemu Athletico pada bulan Febuari 2021 nanti.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post