"

Chelsea Sekadar Seri Dengan Aston Villa. Awal pagi tadi telah berlangsung satu perlawanan Liga Perdana Inggeris iaitu Chelsea vs Aston Villa. Keputusan akhir adalah 1-1. Dalam perlawanan di Stamford Bridge itu juga menyasikan Chelsea mendominasi perlawanan dengan 63.9 % manakala Aston Villa hanya 36.1%. 

Chelsea Sekadar Seri Dengan Aston Villa.

Gol pertama perlawanan diharingkan oleh Oliver Giroud pada minit ke 34 setelah menerima umpanan dari Chillwell. 

Namun, satu gol tersebut tidak cukup untuk memberi kemenangan kepada Chelsea apabila El Ghazi menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 50.

Dalam perlawanan ini, Chelsea membuat percubaan kearah gol sebanyak 16 kali makala Aston Villa pula sebanyak 10 kali.

Lampard akui yang Chelsea sedang berada dalam keadaan sulit dalam Liga, tetapi dia tidak risau kerana pasukannya masih bermain dengan baik.

" Ini adalah keputusan yang seimbang apabila kita menentang pasukan yang bagus. Persembahan pun bagus. Saya rasa kami layak menang dalam perlawanan ini." - Lampard.

Hanya meraih satu mata dalam perlawanan ini membuatkan Chelsea berada di tangga keenam liga manakala Aston Villa berada di tangga kelima hanya dibezakan dengan jumlah perlawanan dan juga bilangan gol.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post