Haaland Menang Anugerah Golden Boy 2020

Haaland Menang Anugerah Golden Boy 2020.  Bintang Borussia Dortmund, Erling Haaland dinobatkan pemenang Anugerah Golden Boy 2020.

Penyerang muda itu mengatasi rakan sepasukan, Jadon Sancho selain Mason Greenwood dan Phil Foden dalam kalangan 20 pemain terpilih.


Haaland Menang Anugerah Golden Boy 2020


Anugerah Golden Boy diberikan kepada pemain termuda terbaik bawah 21 tahun yang beraksi di liga Eropah. Haaland dipilih tahun ini berdasarkan prestasi menakjubkan pada musim 2019-20. Bapanya Alf-Inge turut berkongsi kegembiraan bersama anaknya itu: "Tahniah - Gembira berada di sana dengan anak saya."

Haaland berhak menerimanya selepas meledak 27 gol dalam 29 penampilan bersama Dortmund.

Dia turut menjaringkan 28 gol bersama RB Salzburg sebelum menyertai gergasi Jerman itu dengan nilai £17.1 juta (RM92.5 juta) pada Januari lalu.

Pemain Barcelona, Ansu Fati di tempat kedua manakala bintang Bayern Munich, Alphonso Davies ketiga

Walaupun berjaya di Dortmund, Pemain itu sepertinya tidak akan kekal lama di sana kerana mempunyai klausa pembelian sebanyak 67 juta. Dia juga sedang di pantau rapat oleh gergasi liga perdana Inggeris seperti Manchester United dan City. 


 Jom tengok bola live di channel telegram kami!

klik link di bawah ini ya.


lalala

0/Post a Comment/Comments

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post