Highlight EPL: Chelsea Tumbang! Arsenal Mula Bangkit!

Chelsea Tumbang! Arsenal Mula Bangkit ! Arsenal berjaya bangkit dari kekalahan apabila mereka menang 3-1 keatas pasukan Chelsea dalam derbi London yang berlangsung pada 27 Disember 2020 awal pagi tadi waktu Malaysia. 


Chelsea Tumbang! Arsenal Mula Bangkit!


Gol Arsenal dijaringkan oleh Lacazette, Xhaka dan Saka. Manakala pasukan Chelsea pula gol mereka dijaringkan oleh Tammy Abraham. Hasil dari kemenangan ini juga melonjakkan Arsenal ke tangga ke 14 liga.


Susunan Pemain

Arsenal: Bernd Leno; Rob Holding, Pablo Mari, Kieran Tierney; Hector Bellerin, Mohamed Elneny, Granit Xhaka, Bukayo Saka; Emile Smith Rowe (Joe Willock 65'), Alexandre Lacazette (Shkodran Mustafi 90'), Gabriel Martinelli (Nicolas Pepe 71').

Chelsea: Edouard Mendy; Reece James, Kurt Zouma, Thiago Silva, Ben Chilwell; N'Golo Kante (Kai Havertz 74'), Mateo Kovacic (Jorginho 46'), Mason Mount; Christian Pulisic, Tammy Abraham, Timo Werner (Callum Hudson-Odoi 46').


Ulasan:

Separuh masa pertama, Arsenal bermula menyerang namun tendangan Martinelli tersasar. Chelsea pula mula mencuba gawang Arsenal menerusi sepakan percuma cantik dari Mason Mount tapi sayang bola tersebut terkena palang dan kemudian terkeluar.

Babak kemusnahan Chelsea muncul selepas Reece Jamees menjatuhkan Kieran Tierney dalam kotak Penalti pada minit ke 33. Lacazette menjaringkan gol penalti tersebut.

Pada minit ke 44, Xhaka menambah derita Chelsea dengan sepakan percuma cantik dari luar kotak penalti dan menembusi gawang Mendy. keputusan 2-0!.

Pada babak kedua, Chelsea memasukkan Hudson-Odoi dan Jorginho bagi menggantikan Kovacic dan Werner. Walaupun begitu, Chelsea masih sukar menembusi Arsenal. Sebaliknya pada mini ke 56, Saka berjaya menjaringkan gol selepas lencongan bola dilakukannya memasuki gawang Chelsea dan Gool ! 3-0!

Pada minit ke 85, barulah Chelsea mendapat gol sagu hati yang dijaringkan Abraham. Di hujung minit perlawanan, Chelsea mendapat sepakan penalti,  namun Leno berjaya menyelamatkan sepakan tersebut. Keputusan Akhir Arsenal 3-1 Chelsea.


 Jom tengok bola live di channel telegram kami!

klik link di bawah ini ya.


lalala

0/Post a Comment/Comments

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post