JDT Bekerjasama Dengan UNICEF!

JDT Bekerjasama Dengan UNICEF! Selesai sesi sidang media bersama dengan TMJ yang menyaksikan Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim mengumumkan kerjasama dengan organisasi antarabangsa, Bekalan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).


JDT Bekerjasama Dengan UNICEF!

Gabungan ini juga menyaksikan JDT melangkah lebih jauh berbanding dengan pasukan-pasukan yang ada di dalam liga super Malaysia. Sealain itu,kerjasama ini juga menjadikan JDT, Kelab pertama di Asia Tenggara yang bekerja sama dengan organisasi UNICEF.


"Ia merupakan satu penghargaan yang sangat tinggi untuk dapat melakukan gabungan bersama pihak UNICEF, ia merupakan organisasi yang dikenali lebih daripada 20 negara di dunia dan ia adalah langkah terbaik bagi meningkatkan nilai komersial kelab dan kesedaran jenama kelab JDT," kata Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.


"Kepentingan dan polisi JDT adalah sentiasa melibatkan kanak-kanak di seluruh dunia, apa sahaja yang mampu kami salurkan daripada segi pendidikan, keselamatan, kesedaran dan penjagaan kesihatan, ia merupakan sentiasa sasaran utama kami. Jadi hari ini merupakan saat yang bersejarah bagi kelab apabila melakukan gabungan bersama UNICEF.


"Ia merupakan penghargaan bagi kelab untuk terlibat dengan projek ini. JDT telah membuktikan bukan sekadar pasukan bola sepak langkah ini merupakan salah satu daripada sumbangan JDT kepada dunia.


"Buat masa ini, gabungan antara JDT antara UNICEF adalah untuk tempoh setahun dan kami berharap untuk terus berkoleborasi pada masa akan datang. Sumbangan UNICEF kepada dunia sungguh besar dan di Johor, saya bertindak untuk mengendalikan golongan belia dan mereka adalah pemimpin masa akan datang, lantas gabungan bersama UNICEF amat bersesuaian dengan agenda JDT."

sumber : stadium Astro

 Jom tengok bola live di channel telegram kami!

klik link di bawah ini ya.


lalala

0/Post a Comment/Comments

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post