Liga Perdana Inggeris: Chelsea Menang Besar, Giroud Jaringkan Gol Lagi!

Chelsea Menang Besar, Giroud Jaringkan Gol Lagi! Chelsea meraih kemenangan 3-1 atas Leeds United pada perlawanan ke-11 Liga Inggris 2020/2021. Pasukan Frank Lampard itu memperoleh 3 mata meskipun ketinggalan seawal minit keempat di Stamford Bridge tersebut.

Chelsea Menang Besar, Giroud Jaringkan Gol Lagi!


Pasukan tuan rumah menerima kejutan pada minit keempat apabila Patrick Bamford menjaringkan gol awal. Bamford yang merupakan bekas pemain Chelsea itu mengejutkan 2000 penyokong yang di benarkan berada di dalam stadium buat kali pertama sejak pandemik Covid 19 berlangsung.

Chelsea berjaya merapatkan jurang gol pada minit ke 27 hasil gol Oliver Giroud setelah mendapat umpanan dari Reece James. Keputusan 1-1 pada aksi separuh masa pertama.

Pada minit ke-61, Chelsea berjaya mendapat gol menerusi bek Kurt Zouma. Zouma menanduk masuk bola yang di hantar Mason Mount berjaya mengelirukan penjaga gol Leeds.

Kemudian Christian Pulisic masuk menggantikan Hakim Ziyech yang mengalami kecederaan pada minit ke-30, menyumbang satu gol. Pulisic menciptakan gol pada masa kecederaan tepat pada minit ke-93. Pergerakan Timo Werner dari sebelah kiri pertahanan Leeds kemudian mengirimkan bola ke depan gol  dan disambut oleh Pulisic.

Keputusan akhir, Chelsea 3, Leeds 1.

 Jom tengok bola live di channel telegram kami!

klik link di bawah ini ya.


lalala

0/Post a Comment/Comments

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post