Manchester United Lebih Popular Dari Liverpool sepanjang tahun 2020!

Manchester United Lebih Popular Dari Liverpool sepanjang tahun 2020! Walaupun sudah 7 tahun tidak memenangi trofi liga perdanan Inggeris, Manchester United tetap membuktikan mereka adalah pemenang di media sosial.

Manchester United Lebih Popular Dari Liverpool sepanjang tahun 2020!


Gergasi Old Trafford itu adalah pasukan sukan kedua paling popular di Twitter dengan LA Lakers yang dibarisi pemain berstatus bintang, LeBron James muncul pasukan paling popular.

Seteru utama Man United iaitu Arsenal, Chelsea dan Liverpool turut berada dalam kedudukan 10 pasukan popular yang mendominasi carta Twitter sepanjang 2020.

Liverpool yang juara juara Liga Perdana musim lalu, menduduki tempat keenam.

Ketua Global Pengguna media sosial itu, Tracy McGraw berkongsi maklumat berkenaan.

"Meskipun kebanyakan aktiviti sukan terhenti dan nampak berlainan apabila kembali semula, masih terdapat dua bilion tweets mengenai sukan.

"Dengan ketiadaan penonton dan larangan aktiviti sukan, orang ramai lebih gemar berkongsi pandangan di Twitter," katanya.

Kemenangan dramatik La Lakers meraih gelaran NBA kali pertama selepas 10 tahun menarik perhatian pengguna di Twitter sekali gus muncul pasukan paling popular.

Lakers menewaskan Miami Heat 103-96, Oktober lalu.

 Jom tengok bola live di channel telegram kami!

klik link di bawah ini ya.


0/Post a Comment/Comments

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post