Manchester United Tersingkir dari Champion League!

Manchester United Tersingkir dari Champion League! Berita yang kurang enak di dengar oleh penyokong Manchester Unitied apabila pasukan mereka kalah kepada RB Leipzig dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Champion League. Dengan itu, ia bermakna Manchester United Tersingkir dari Champion League! 

Manchester United Tersingkir dari Champion League!


Manchester United Tersingkir dari Champion League!

Sebelum perlawanan, isu perpindahan Pogba menjadi bualan hangat sehinggakan ia mungkin mengganggu persembahan para pemain. RB Leipzig mampu membuka jaringan gol seawal minit ke dua perlawanan apabila Angelino menendang bola selepas mendapat umpanan dari Sabitzer. 

Setelah itu, Angelino pula melakukan assist untuk gol kedua mereka yang dijaringkan oleh Amadou Haidara pada minit ke 13. 2-0! 

Bersambung pada babak kedua, Peluang untuk United melayakkan diri ke pusingan seterusnya terpadam apabila Justin Kluivert menjaringan gol pada minit ke 69 selepas mendapat umpanan dari Christopher Nkunku.

Pada minit ke 79, United mendapatkan penalti setelah Greenwood dijatuhkan dalam kotak penalti. Bruno Fernandes mengambil penalti tersebut dengan mudah.

Jaringan paul pogba pada minit ke 83 memberi sedikit harapan untuk membuat comeback tetapi apa kan daya, ia sudah terlambat. Manchester United tewas kepada RB Leipzig dengan jaringan 2-3.

Manchester United akan bermain untuk saingan liga europa pula selepas ini.

Kesebelasan pemain dalam perlawanan semalam.

RB Leipzig (3-4-2-1): Peter Gulacsi (keeper); Willi Orban, Ibrahima Konate, Nordi Mukiele (belakang); Angelino, Kevin Kampl, Marcel Sabitzer, Amadou Haidara, Christopher Nkunku, Emil Forsberg (tengah); Daniel Olmo (depan)

Pelatih: Julian Nagelsmann

Manchester United (3-4-1-2): David De Gea (keeper); Victor Lindelof, Harry Maguire, Luke Shaw (belakang); Aaron Wan-Bissaka, Scott McTominay, Nemanja Matic, Alex Telles, Bruno Fernandes (tengah); Marcus Rashford, Mason Greenwood (depan)

Pelatih: Ole Gunnar Solskjaer

 Jom tengok bola live di channel telegram kami!

klik link di bawah ini ya.


0/Post a Comment/Comments

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post