Manchester United Tidak Beli Pemain pada Januari 2021 ?. Semalam dalam temubual bersama dengan Ed Woodward yang merupakan timbalan CEO kelab Manchester United, Ed membayangkan yang pasukan itu tidak akan membuat pembelian pada perpindahan januari nanti.

Sudah pasti, ini bukanlah berita gembira buat peminat dan penyokong manchester united. Mereka masih tidak dapat pemain yang mereka inginkan. Adakah Sancho dapat dibeli pada perpindahan januari nanti?

Manchester United Tidak Beli Pemain pada Januari 2021 ?


“Kami mendapati ada lebih banyak kerja yang perlu dilakukan untuk kekal konsisten dalam memenangi piala.”

Dalam masa yang sama, Woodward juga mahu mengingatkan penyokong yang pasukan mereka turut dalam keadaan berhati-hati untuk tidak terlalu banyak berbelanja pada waktu pandemik ini.

“April lalu, saya katakan yang kami mahu kuatkan pasukan sambil kekal disiplin dalam urusan perbelanjaan pada waktu pandemik ini.”

“Saya percaya kami berjaya melakukan itu, dengan pada musim panas lalu kami berjaya mendapatkan jumlah perbelanjaan bersih melebihi €200 juta pada musim panas 2019 dan ianya melebihi mana-mana perolehan daripada pasukan utama Eropah yang lain.”

Untuk pengetahuan penyokong Manchester United juga, Amad Diallo akan masuk sebagai pemain pada perpindahan januari ini namun dia merupakan pembelian pada bulan september yang lalu. 

Adakah ini salah satu strategi ED untuk mengkaburi mata pasukan lain? Sama-sama kita nantikan.

 Jom tengok bola live di channel telegram kami!

klik link di bawah ini ya.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post