"

Safawi Perkuat JDT musim 2021. Bintang bola sepak negara, Safawi Rashid akan kembali beraksi di tanah air selepas tempoh pinjamannya tamat pada Januari 2021. Sejak menyertai pasukan Liga Portugal, Portimonense, kita masih belum melihat kelibat Safawi dalam pasukan tersebut. Mungkin faktor ini menyebabkan beliau kembali ke pangkuan JDT

Safawi Perkuat JDT musim 2021.


"Saya rasa Safawi akan kembali, jadi Safawi akan bersama JDT tahun 2021. 100 peratus (kembali ke Malaysia)," kata TMJ.

Safawi hanya tersenarai sebagai pemain simpanan dalam beberapa perlawanan Liga sahaja. Dia juga beraksi sekali untuk pasukan bawah 23 tahun Portimonense iaitu ketika menentang Sporting CP.

Sepatutnya,safawi bermain selama semusim di sana, tetapi kalau berdasarkan apa yang TMJ umumkan, ia bermaksud Safawi akan pulang awal menjelang aksi pembukaan Liga Malaysia pada Januari 2021.

Dalam pada itu, TMJ juga mengumumkan beberapa pemain yang akan menyertai JDT pada 2021 dan 2022. Antaranya Endrick Dos Santos dan Sumareh.

\

Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post