TRW Kelantan FC guna 90% Skuad Belia dan Piala Presiden.

TRW Kelantan FC guna 90% Skuad Belia dan Piala Presiden. Selepas beberapa pemain utama mereka meninggalkan pasukan, TRW Kelantan FC nampaknya akan menggunakan pemain skuad belia dan juga skuad Piala Presiden untuk aksi liga perdana musim depan. 

TRW Kelantan FC guna 90% Skuad Belia dan Piala Presiden.


Sesi pemilihan telah dilakukan dan dipantau sendiri oleh pemilik kelab En. Norizam Tukiman. Perkara ini turut disahkan oleh laman rasmi Kelantan FC. Pemain-pemain muda ini akan dibentuk menggunakan DNA dari Itali. Ia akan mengikut acuan jurulatih baru mereka yang juga dari Itali.

Pemain yang terpilih akan diumumkan pada sesi pengenalan pemain dan jurulatih pada bulan Januari 2021 nanti.

Selain itu, Kelantan FC juga sedang menunggu kelulusan FIFA untuk membatalkan denda ‘transfer ban’ yang dikenakan sebelum ini, dan mereka dilihat memberikan fokus utama kepada mempersiapkan strategi pasukan menggunakan pemain-pemain yang terpilih dari sesi tersebut.

Jika mereka berjaya membatalkan denda tersebut, maka ada sinar baru untuk Kelantan FC menggunakan khidmat pemain import pada musim hadapan. 

 Jom tengok bola live di channel telegram kami!

klik link di bawah ini ya.


lalala

0/Post a Comment/Comments

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post