Kalahkan Celta Vigo, Real Madrid ke puncak. keputusan positif Celta Vigo dalam Liga Sepanyol 2020/2021 terhenti di tangan Real Madrid apabila mereka tewas 2-0 dalam perlawanan awal pagi tadi.

Kalahkan Celta Vigo, Real Madrid ke puncak

Bermain di Alfredo Di Stefano, Real Madrid menang 2-0 hasil kombinasi yang rapi antara Lucas Vazquez dan Marco Asensio. Ya, kedua-dua pemain ini memberikan sumbangan besar dalam kemenangan ini. 

Lucas Vazquez malah meletakkan Real Madrid di depan pada minit ke-6 setelah menggunakan bantuan dari Marco Asensio.

Separuh masa pertama berakhir 1-0 dengan kelebihan kepada Real Madrid. Babak kedua adalah giliran Marco Asensio untuk menjaringkan gol pada minit ke-53. Dia memanfaatkan umpanan cantik dari Lucas Vazquez.

Keputusan akhir adalah 2-0 untuk kemenangan Real Madrid. Tiga mata dari perlawanan ini menjadikan Real Madrid berada di kedudukan teratas sementara dengan skor 36 mata.

Mereka berada satu mata di depan Atletico Madrid yang akan bermain pada hari Ahad menentang Alaves.

Sementara itu, keputusan lain menyaksikan Villareal mengalahkan Levante,2-1. Real Betis Seri dengan Sevilla 1-1 manakala Valladolid menang keatas  Getafe. 

Baki perlawanan akan berlangsung malam ini dan awal pagi esok.

 Jom tengok bola live di channel telegram kami!

klik link di bawah ini ya.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post