Zaquan Adha Kembali Ke Negeri Sembilan FC. Dalam sebuah video yang dimuat naik oleh Negeri Sembilan FC mengesahkan kembalinya pemain lagenda mereka iaitu Mohd Zaquan Adha Abd. Radzak. Zaquan kembali selepas 10 tahun meninggalkan kelab berkenaaan. 


Zaquan Adha Kembali Ke Negeri Sembilan FC.

 

Zaquan juga antara pemain yang menjulang piala Liga Super 2005/2006, Piala Fa 2010 dan juga Piala Malaysia 2009 dan 2011. Waktu ini memang Negeri sembilan menjadi kuasa besar bola sepak negara.

Selepas itu, Zaquan memilih untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia dan JDT. Kemudia dia menyertai Perak dan kemudian ke Kuala Lumpur pada 2019. Tahun 2020, Zaquan ke Kedah dan kini beliau kembali ke negeri sembilan. 

 Zaquan juga akan bergabung semula dengan K. Devan di Negeri Sembilan. Jurulatih ini yang memberi peluang kepada Zaquan di awal-awal kariernya pada satu ketika dahulu.

Devan dan pengurusan Negeri Sembilan tampak begitu serius untuk memburu tempat ke saingan Liga Super 2022 apabila merekrut ramai pemain berkualiti untuk menggalas tanggungjawab pasukan.


 Jom tengok bola live di channel telegram kami!

klik link di bawah ini ya.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post