"

Lingard Mengamuk! Jaringkan Dua Gol Untuk West Ham. Jesse Lingard terbukti telah membuat keputusan tepat untuk keluar secara pinjaman dari Manchester United pada perpindahan januari baru-baru ini. Lingard tidak mendapat banyak minit permainan sejak Ole Gunnar Solksjaer mengambil alih United.


Lingard Mengamuk! Jaringkan Dua Gol Untuk West Ham.


Lingard tidak menunggu lama, Dia berjaya menjaringkan dua gol dalam debut bersama West Ham saat bertemu Aston Villa pada awal pagi khamis waktu Malaysia. Dia mencatatkan dua gol dan memimpin West Ham mengalahkan Aston Villa dengan skor 3-1. Gol pertama Jesse Lingard hadir pada minit ke-56.


Gol kedua pada minit ke-83 sangat penting. Kerana pada minit ke-81, Aston Villa sempat mengurangkan kedudukan 1-2 menerusi sumbangan Ollie Watkins.


David Moyes pasti gembira apabila anak buahnya di United dan kini bermain di West Ham telah kembali menemui sentuhan magisnya.

Walaupun begitu, Jesse Lingard enggan disebut sebagai bintang kemenangan pasukannya menentang Aston Villa. "Tiga mata adalah perkara yang paling penting," katanya, mengutip BT Sport melalui BBC.


"Pasukan ini bekerja keras secara kolektif dan kami sudah memikirkan permainan berikutnya menentang Fulham. Pasukan itu menyambut saya dengan hebat. Saya dapat mengikuti pertandingan dengan cepat," lanjutnya.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post