Mehmet Durakovic Tinggalkan Perak FC.

Mehmet Durakovic Tinggalkan Perak FC. Menerusi sebuah siaran media dan juga sidang media oleh pihak Perak FC, dimaklumkan bahawa jurulatih Perak iaitu Mehmet Durakovic akan meninggalkan pasukan berkenaan. sebelum ini, berita mengenai perkara ini telah berlegar dalam kalangan peminat perak dan akhirnya ia disahkan oleh pasukan. 

Mehmet Durakovic Tinggalkan Perak FC.


Meski pun hanya tinggal dua minggu sahaja lagi sebelum sepak mula, Mehmet Durakovic terpaksa membuat keputusan berkenaan kerana faktor keluarganya di Australia. 

Mehmet akan pulang ke Australia bagi menyelesaikan urusan keluarganya tersebut.

Perak FC pula dalam satu kenyataan telah bersetuju untuk menamatkan kontrak secara bersama dengan Mehmet dan sedang mencari pengganti yang sesuai untuk pasukan berkenaan. 

Mehmet Durakovic juga telah menyarankan Perak FC agar mengambil jurulatih Chong Yee Fatt bagi menggantikannya.

Setakat ini urusan Perak fc dan Kuala Lumpur telah berjalan dan rundingan untuk membawa jurulatih berkenaan dalam proses.

Apa-apa pun, terima kasih coach Mehmet Durakovic!

 Jom tengok bola live di channel telegram kami!

klik link di bawah ini ya.


lalala

0/Post a Comment/Comments

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post