Badminton : Aaron dan Wooi Yik Kalahkan Beregu Indonesia, Layak Ke Separuh Akhir.

Badminton : Aaron dan Wooi Yik Kalahkan Beregu Indonesia, Layak Ke Separuh Akhir. Terkejut aku hari ini bila melihat aksi luar biasa beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Sooh Wooi Yik mengalahkan pasangan beregu no 1 Dunia dari Indonesia, Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon.. Kemenangan ini membawa mereka ke separuh akhir temasya Olimpik Tokyo 2020 

Beraksi di Musashino Forest Sport Plaza itu, Aaron-Wooi Yik yang menghuni ranking kesembilan dunia akhirnya membuktikan kewibawaan mereka apabila menewaskan pasangan Indonesia dengan straight set 21-14, 21-17 buat kali pertama dalam lapan pertemuan.


Badminton : Aaron dan Wooi Yik Kalahkan Beregu Indonesia, Layak Ke Separuh Akhir.


Aaron berkata, tampil sebagai underdog membuatkan mereka lebih tenang berbanding Kevin Sanjaya-Marcus Fernaldi yang diletakkan sebagai pilihan pertama.

"Kami turun memberi yang terbaik. Memang kami tidak pernah kalahkan mereka sebelum ini tapi mungkin juga ini perlawanan pertama mereka dan mereka sangat tertekan kerana adalah prospek utama untuk pingat negara mereka.

"Kami percaya, upset ini akan dapat meningkatkan keyakinan kami untuk perlawanan seterusnya. Tak kisah sapa lawan kami, kami akan tetap berikan yang terbaik untuk menang," katanya.

Sementara itu, Wooi Yik berkata, strategi mereka adalah untuk tidak memberikan bola tinggi kerana itu memberi kelebihan kepada lawan.

"Ini satu perasaan luar biasa dapat menang kali pertama di suku akhir dan nanti akan beraksi di separuh akhir di temasya besar ini. Semangat kami memang ada untuk pergi jauh.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua di Malaysia yang berikan sokongan kepada kami. Kami akan terus berjuang," katanya.

Tahniah buat pasangan beregu negara. Petang ini, Lee Zii Jia pula akan turun beraksi menentang wakil China, Cheng Long bagi aksi kalah mati badminton olimpik 2020.


 Jom tengok bola live di channel telegram kami!

klik link di bawah ini ya.


0/Post a Comment/Comments

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post