Cristiano Ronaldo: Penyerang Manchester United kembali ke Old Trafford 'Bukan untuk Bercuti'

Cristiano Ronaldo: Penyerang Manchester United kembali ke Old Trafford 'Bukan untuk Bercuti'. Cristiano Ronaldo menegaskan dia tidak kembali ke Manchester United untuk bercuti sekali gus memberi tekanan kepada Ole Gunnar Solskjaer untuk meletakkannya dalam kesebelasan utama bertemu Newcastle, esok. Cristiano Ronaldo yang akan memakai jersi bernombor tujuh untuk Red Devils, kembali ke Old Trafford dari Juventus dengan mengikat kontrak selama dua tahun pada hari terakhir jendela perpindahan pemain.


Pemenang anugerah Ballon d'Or sebanyak lima kali itu yang meraih tiga gelaran Liga Perdana dan Liga Juara-Juara sebelum meninggalkan United untuk ke Real Madrid pada 2009 berkata: "Saya di sini mahu menang, orang bercakap mengenai faktor usia tetapi mereka patut tahu saya berbeza berbanding yang lain.


Cristiano Ronaldo: Penyerang Manchester United kembali ke Old Trafford 'Bukan untuk Bercuti'

Bercakap dengan bekas rakan sepasukannya, Wes Brown, Ronaldo berkata: "Saya tidak pernah menjangkakan akan kembali semula dan sekarang berasa amat bangga, teruja dan tidak sabar untuk beraksi pada tahap terbaik. Saya gembira, begitu juga keluarga dan anak-anak.

"Kami berkongsi kenangan yang sama, tetapi kali ini dengan generasi baru dan saya di sini untuk memenangi (piala) lagi dan membantu pasukan.

"Barisan pemain baru mempunyai potensi besar dan saya berada di sini untuk menang dan melakar sejarah. Penyokong di sini sangat berbeza, apabila saya tiba di lapangan terbang, saya merasai perasaan itu.

"Ia bukan sebab saya seorang pemain United. Tetapi mereka melihat saya membesar di sini pada usia 18 tahun."

"Saya berada di sini bukan untuk bercuti. Saya sudah memenangi banyak trofi bersama jersi ini sebelum ini dan sekarang saya hadir untuk memenanginya lagi.

"Saya serta rakan sepasukan mampu melakukannya. Ia peluang yang baik untuk saya, penyokong, kelab untuk melangkah setapak ke hadapan."

Pemenang anugerah Ballon d'Or sebanyak lima kali itu yang meraih tiga gelaran Liga Perdana dan Liga Juara-Juara sebelum meninggalkan United untuk ke Real Madrid pada 2009 berkata: "Saya di sini mahu menang, orang bercakap mengenai faktor usia tetapi mereka patut tahu saya berbeza berbanding yang lain.


 Jom tengok bola live di channel telegram kami!

klik link di bawah ini ya.


0/Post a Comment/Comments

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post