Perak FC Tersingkir Ke Liga Perdana Musim Hadapan.

Perak FC Tersingkir Ke Liga Perdana Musim Hadapan. Berakhirnya perlawanan semalam kita telah menyaksikan sebuah pasukan hebat tersingkir ke Liga Perdana iaitu Pasukan Perak FC. Musim ini merupakan musim terburuk Perak selepas hanya berjaya mengumpul 13 mata dari 21 perlawanan setakat ini. Perak yang terumbang ambing sejak pemergian coach mehmet Durakovic beberapa hari sebelum liga bermula nampak semakin merosot selepas isu tunggakkan gaji para pemain dilaporkan. Dalam perlawanan semalam juga menyaksikan Perak tewas 2-1 ditangan pasukan Melaka United.


Perak FC Tersingkir Ke Liga Perdana Musim Hadapan.

Perak FC Tersingkir Ke Liga Perdana Musim Ha
dapan.

Punca utama perak fc tersingkir adalah masalah kewangan pasukan yang turut menyaksikan beberapa pemain meninggalkan pasukan seperti Shahrul Saad, De Paula dan beberapa lagi tonggak utama pasukan.

Namun begitu, Perak berjaya mendapatkan sembilan pemain tambahan untuk menguatkan lagi pasukan. Tetapi ia masih tidak mencukupi untuk mengekalkan pasukan Perak dalam liga super musim hadapan.

Walaupun tahun ini merupakan tahun ke 100 Perak FC, tiada kejutan dan hadiah menarik untuk peminat yang telah setiap menantikan aksi-aksi menarik mereka.

Perak akan mengikut jejak langkah Uitm FC yang turut sama tersingkir ke liga perdana selepas mereka hanya mengutip 9 mata dari 19 perlawanan setakat ini.

Selamat maju jaya buat Perak dan Uitm FC untuk musim hadapan.

 Jom tengok bola live di channel telegram kami!

klik link di bawah ini ya.


0/Post a Comment/Comments

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post