Pusat Sukan Indoor dan Outdoor Dibenarkan Beroperasi!

Pusat Sukan Indoor dan Outdoor Dibenarkan Beroperasi! Setelah sekian lama ditutup pusat sukan tertutup dan terbuka akhirnya dapat dibuka semula selepas kerajaan mengumumkan kebenaran untuk sektor itu kembali beroperasi bermula esok. Berita gembira itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memberi lampu buat semua aktiviti sukan, riadah dan rekreasi untuk negeri dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan.


Pusat Sukan Indoor dan Outdoor Dibenarkan Beroperasi!




Menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 semalam, menyaksikan kerajaan bersetuju melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi sektor itu dengan syarat ia terpakai buat individu yang sudah lengkap dua dos vaksin.


Beliau berkata, kelonggaran itu dibuat selepas penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).


"Fasiliti sukan dan rekreasi komersial tertutup (indoor) dibenarkan beroperasi dengan kawal selia, hanya kepada pelanggan yang sudah lengkap divaksin. Penggunaan fasiliti perlu dilakukan secara janji temu, di samping pematuhan SOP.

"Keputusan ini dibuat berdasarkan penilaian risiko semasa oleh KKM serta MKN, dan akan berkuat kuasa pada 10 September 2021," katanya.



 Jom tengok bola live di channel telegram kami!

klik link di bawah ini ya.


0/Post a Comment/Comments

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post