Malaysia Tewas di tangan Jepun Sekali Lagi.

Malaysia Tewas di tangan Jepun Sekali Lagi.. Dalam perlawanan separuh akhir piala sudirman semalam, kita dapat saksikan skuad negara tewas 1-3 kepada pasukan Jepun dan gagal layak ke pusingan akhir kejohanan tersebut. Sebelum bertemu jepun, Malaysia berjaya mengalahkan Indonesia di peringkat suku akhir. Dan layak ke separuh akhir buat kali kedua sepanjang 17 edisi kejohanan ini berlangsung.

Dari perlawanan semalam juga menyaksikan kekalahan kedua berturut-turut skuad negara di kejohanan ini kepada Jepun, selepas sebelum ini mereka kalah 1-4 di peringkat kumpulan.

Malaysia Tewas di tangan Jepun Sekali Lagi.


Malaysia Tewas di tangan Jepun Sekali Lagi.

Berikut merupakan keputusan perlawanan yang berlangsung lewat malam semalam. 

Beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik VS Takuro Hoki-Yugo Kobayashi : 15-21, 14-21.

S Kisona vs  Akane Yamaguchi : 7-21, 5-21

Lee Zii Jia vs Kento Momota : 22-20, 21-19

Pearly Tan-M Thinaah vs Mayu Matsumoto-Misaki Matsutomo : 19-21, 17-21

Keputusan akhir, Jepun 3, malaysia 1.

Malam ini, Jepun akan berlawan dengan China bagi aksi final piala sudirman ini. Ia juga merupakan perlawanan yang sama ketika final tahun 2019 apabila kedua-dua pasukan turut bersaing pada pentas final yang sama.

Mampukah Jepun menyekat kemaraan China seterusnya menjuarai Piala Sudirman? Sama-sama kita nantikan.

 Jom tengok bola live di channel telegram kami!

klik link di bawah ini ya.


0/Post a Comment/Comments

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post