"

Dion Cools setai Zulte Wargem secara pinjaman. Pemain kacukan skuad kebangsaan negara, Dion Cools sah menyertai kelab Zulte Waregem yang beraksi dalam Liga Belgium, musim ini. Pemain pertahanan itu menyertai kelab itu secara pinjaman daripada kelab Denmark, Midtjylland sehingga penghujung musim.


Dion Cools setai Zulte Wargem secara pinjaman.


Dion Cools setai Zulte Wargem secara pinjaman.

Penyertaan pemain berusia 25 tahun itu di Liga Belgium bakal mencetuskan prospek pertembungan dengan seorang lagi pemain kebangsaan yang beraksi di sana iaitu Luqman Hakim Shamsudin bersama KV Kortrijk.

"Saya melihat diri saya sebagai bek kanan moden yang suka membantu pasukan ketika bertahan dan menyerang. Pasukan ini kontemporari dan walaupun tidak mencatat keputusan yang baik kebelakangan ini, namun mereka sentiasa berusaha keras untuk mencapai cita-cita.

"Saya berharap dapat menjadi sebahagian daripada cita-cita mereka," kata Cools.

Sementara itu, pengurus Zulte Waregem, Eddy Cordier mahu pertahanan itu bersedia sepenuhnya memandangkan khidmatnya akan terus ditagih.

“Kami sentiasa gembira Dion Cools menyertai FC Midtjylland tetapi beliau meminta lebih minit permainan dan kini dia memiliki peluang untuk itu di Belgium.


“Kami akan sentiasa menyokongnya,” jelas Svend Graversen, Pengurus Sukan FC Midtjylland.


“Dengan kerjasama Dion dan Zulte Waregem, kami jumpa solusi yang baik dan semua pihak gembira dengan perkara ini. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepadanya dan akan mengikuti perkembangan beliau di Liga Belgium,” tambah Svend Graversen.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post