"

Air Mata Forestieri Setelah Julang Piala Pertama Sepanjang Kariernya. Semalam telah menyaksikan JDT diumumkan sebagai juara Piala Sumbangsih 2022. Ia merupakan kemenangan bermakna buat pemain import baru JDT,  Fernando Forestieri.  Ia berikutan ini merupakan kemenangan piala pertama di alaminya sepanjang 15 tahun kariernya.


Air Mata Forestieri Setelah Julang Piala Pertama Sepanjang Kariernya.

Air Mata Forestieri Setelah Julang Piala Pertama Sepanjang Kariernya.




"Sudah tentu saya gembira dan tidak dapat tahan sehingga mengalirkan air mata sebab saya menjiwai bola sepak dan apabila memenangi kejuaraan buat kali pertama ia satu kepuasan dan beri lebih motivasi kepada saya untuk terus membantu JDT pada aksi seterusnya.


"Ini adalah aksi pertama saya bersama JDT dan permainan juga berintensiti tinggi, namun saya lega dapat menghabiskan 90 minit perlawanan walaupun keletihan. Ia bukan penghalang untuk saya memberi persembahan terbaik pada aksi itu.



"Saya pernah beraksi di pentas Liga Juara-Juara Eropah bersama beberapa kelab di Eropah tetapi tidak pernah menjulang sebarang kejuaraan dan penampilan pertama bersama JDT dan menang piala sungguh cukup menggembirakan dan rasa mahu menangis.


"Apapun saya perlu tingkatkan lagi kualiti permainan kerana saingan Liga Super akan lebih sukar dan bakal berdepan pasukan yang lebih hebat. Saya harus bersedia bukan sahaja daripada segi fizikal malah mental juga kena kuat," kata Forestieri.



Pada aksi itu, bekas pemain kelab Serie A Itali Udinese, menjaringkan gol pada minit ke-31 selain gol yang dijaringkan Nazmi Faiz Mansor pada minit ke-26 dan gol jaringan pemain gantian, Afiq Fazail.


Ditanya berkenaan pengalaman bersama bekas pemain JDT, Gonzalo Cabrera, Forestieri mengakui pernah beraksi bersama Cabrera ketika mereka menyertai skuad remaja Boca Juniors pada musim 2003 hingga 2006.


"Saya pernah beraksi bersama Cabrera dan dia memiliki teknik permainan yang baik, malah sebagai pemain senior daripada saya sudah tentu rasa hormat tetap ada. Apapun saya kini bersama JDT dan cara saya beraksi berbanding Cabrera berbeza, jadi tidak perlu untuk mana-mana pihak membuat perbandingan kerana matlamat saya ke JDT untuk bantu pasukan," katanya.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post