"

JDT Belasah Sarawak United. Kedah dan Sabah Turut Menang! Semalam telah berlangsung 3 perlawanan liga super 2022 yang menyaksikan beberapa pasukan berlawan mengikut jadual liga super minggu ke 2. Selain itu, kita juga dapat lihat banyak gol dijaringkan pada perlawanan semalam.


JDT Belasah Sarawak United. Kedah dan Sabah Turut Menang!

JDT Belasah Sarawak United. Kedah dan Sabah Turut Menang!

Lokasi : Stadium Likas.

Dalam perlawanan semalam, pasukan Sabah berjaya mencatatkan kemenangan pertama mereka ketika bertemu dengan PJ City di Stadium Likas.

Keputusan perlawanan menyaksikan pasukan sabah menang 3-1 keatas PJ City.

Gol-gol dijaringkan oleh Jackson de Sauza, Altemir Cordeiro Pessoa Neto dan juga Saddil Ramdani.

Gol bagi pasukan PJ City pula dijaringkan oleh S. kumaahran.

kedudukan terkini, pasukan Sabah melonjak naik ke tangga ketiga dan pasukan PJ City berada di kedudukan ke lima.

Lokasi : Stadium Sultan Ibrahim.

Sementara itu di Stadium Sultan Ibrahim, Tuan rumah JDT tidak memberi peluang kepada skuad Sarawak United apabila mereka membelasah sarawak united dengan jaringan 6-0.

Perlawanan yang berlangsung dengan kehidran penonton itu menyaksikan jdt masih mengekalkan rekod tanpa kalah mereka setakat ini.

Gol JDT dijaringkan oleh Forestieri, Bergson, carli de murga dan safawi rashid. 

Kedudukan dalam liga pula, JDT kini mendahului liga dengan 6 mata. manakala pasukan sarawak united pula berada di kedudukan terakhir liga selepas kalah dua kali dalam dua perlawanan awal liga.

Lokasi : Stadium Darul Aman.

Di darul aman pula berlaku pesta gol untuk kedua-dua pasukan yang menyaksikan tuan rumah kedah menang 3-2 keatas juara piala malaysia 2021 KL City.

Dalam perlawanan itu, gol kedah di jaringkan oleh Syafiq ahmad, Fayadh Zulkifli dan Dennis Buschening.

Sementara itu, gol KL City pula dijaringkan oleh Zafri Yahya dan juga Kevin Koubemba.

Kini pasukan kedah berada di kedudukan kedua liga berkongsi mata dengan JDT. Manakala pasukan KL City pula berada di kudukan ke tujuh liga selepas menang sekali dan kalah sekali.

SEMOGA MOMENTUM INI dikekalkan untuk perlawanan seterusnya.



Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post