"

 JDT Catat Kemenangan Terbesar Dalam Sejarah Kelab Mereka. Ramai dalam kalangan peminat bola sepak tempatan sudah menjangka yang Pasukan Juara Liga Super 2022 iaitu Johor Darul Ta'zim akan menang mudah menentang kelab liga m3, BRM FC. Namun jumlah jaringan yang mereka jaringan sangat menakjubkan kerana mereka berjaya melakar sejarah baru apabila jumlah jaringan dalam perlawanan tersebut merupakan jumlah gol terbanyak mereka setakat ini.


JDT Catat Kemenangan Terbesar Dalam Sejarah Kelab Mereka.


JDT Catat Kemenangan Terbesar Dalam Sejarah Kelab Mereka.

Perkara tersebut turut dimuat naik di laman facebook JDT mengenai kejayaan dan juga jumlah jaringan yang mereka hasilkan itu.

Mungkin ramai tak tahu, dalam perlawanan semalam, JDT mengalahkan BRM FC dengan jaringan 10 gol tanpa balas.

Gol-gol dijaringkan oleh pemain :

- Fernando Forestieri 2', 24', 43' (pen) 

- Safiq Rahim 7' 

- Safawi Rasid 19' 

- MaurĂ­cio 56' 

- Moussa Sidibe 70' (pen) 

- K. Daryl Sham 83' 

- Mohamadou Sumareh 89'

- Danial Amier 90'+3

Kemenangan 10-0 Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim ke atas BRM FC pada pusingan pertama Piala FA 2022 pada 13 Mac 2022 merupakan kemenangan terbesar kelab. 

Kemenangan terbesar sebelum ini adalah keputusan 8-1 menentang Ayeyawady United dari Myanmar dalam Piala AFC pada tahun 2016. 

Tak dinafikan kehabatan JDT bermain bola sepak dan saingan dari BRM FC juga harus diberi pujian. 

Seterusnya Para pemain akan berkumpul untuk aksi persahabatan antarabangsa bersama dengan pasukan kebangsaan nanti.

Semoga berjaya! 

Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post