"

 Terengganu fc Menang Lawan Melaka United. Dalam satu perlawanan persahabatan semalam, pasukan Terengganu FC menang 4-2 keatas pasukan Melaka United. Jurulatih Melaka United (MU) Risto Vidakovic mengesan beberapa kelemahan selepas skuadnya tewas dalam aksi persahabatan berdepan Terengganu FC (TFC) di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput semalam.


PERSAHABATAN : Terengganu fc Menang Lawan Melaka United


Terengganu fc Menang Lawan Melaka United

Baginya, kekalahan 2-4 memberi input berguna buatnya menjelang aksi berdepan PIB FC pada pusingan pertama Piala FA Khamis ini di gelanggang sama.


"Terdapat kelemahan dalam perlawanan berkenaan susulan kekurangan kekerapan latihan disebabkan dalam tempoh kuarantin membabitkan 16 pemain. Justeru, fokus kini ditumpukan untuk memperbaiki kelemahan dalam rentak permainan sama ada ketika bertahan dan menyerang dalam tempoh menjelang perlawanan selepas ini," katanya.


Gol -gol Melaka semalam dihasilkan menerusi Hasbullah Abu Bakar dan Ifedayo Olusegun sementara jaringan TFC disempurnakan menerusi dua gol Tcetche Kipre, Zuasyraf Zulkiefle dan Hakimi Abdullah.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post