"

Safiq Rahim Tak Kisah Dengan Lilitan Kapten. Dalam satu temubual dengan harian metro, bekas kapten skuad harimau malaya, syafiq rahim kata dia tidak kisah jika tidak diberikan lilitan kapten dalam perlawanan sahabatan nanti. Syafiq juga berkata itu bukan tujuannya menyertai skuad negara. 


Safiq Rahim Tak Kisah Dengan Lilitan Kapten.



Safiq Rahim Tak Kisah Dengan Lilitan Kapten.


"Itu tak penting (dilantik kapten) bagi saya, sesiapa saja pun macam saya cakap sebelum ini… saya rasa daripada karier saya untuk bermain dalam pasukan kebangsaan, bukan itu tujuannya.

"Siapa saja yang diberikan tanggungjawab itu berikan yang terbaik dan semua ada kelebihan pemain-pemain dalam pasukan ini, semua ada tanggungjawab dan kita adalah sebagai satu pasukan.

"Kita tahu apa yang perlu dilakukan, apa sebenarnya kita punya tujuan untuk pasukan negara dan saya harap rakan-rakan akan beri yang terbaik untuk pasukan.

"Insya Allah siapa yang dipilih berikan terbaik kerana kita semua ada tanggungjawab yang besar untuk pasukan negara," katanya ketika ditemui pada sesi latihan hari kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post