"

Skuad Harimau Malaya ketandusan Penyerang Tulen.Sejak kekalahan kepada Singapura baru-baru ini, ramai pemerhati bola sepak tempatan mula melihat kekurangan yang ada dalam skuad kali ini.Selain posisi pertahanan yang semakin baik dan posisi tengah pula dilihat mempunyai pelapis yang ramai. Masalah kini tertumpu kepada bahagian serangan harimau malaya.


Skuad Harimau Malaya ketandusan Penyerang Tulen.


Skuad Harimau Malaya ketandusan Penyerang Tulen.

Kita sebenarnya kekurangan penyerang yang tulen dan berwibawa.  

Komen dari bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar turut mengakui masalah sama masih membelenggu skuad kebangsaan ketika ini walaupun Harimau Malaya memiliki penyerang seperti Syafiq Ahmad dan Luqman Hakim Shamsudin.


"Betul (Malaysia masih tiada penyerang tulen). Jadi mungkin usaha lebih keras perlu dilakukan semua pihak terutama kelab untuk melahirkan penyerang yang berkualiti tinggi.


"Kita juga tidak mempunyai set kumpulan pemain gred A yang besar. Liga kita pun tidak besar, sekarang ini pemain yang gred A ini bermain di Liga Super, jadi sebab itu setiap kali menyertai pasukan kebangsaan, pemain yang lebih kurang sama saja terpaksa dipanggil.


"Kita perlukan lebih ramai kumpulan pemain gred A. Kita kini cuma mengharapkan pemain lain mendapatkan gol dan mungkin perkara itu boleh diketengahkan lagi sekiranya masalah ketiadaan penyerang tulen ini berterusan," katanya.

"Dia (Pan Gon) mungkin sudah mengetahui mengenai pemain Malaysia yang mana segala kelemahan mungkin boleh dia perbaiki selepas ini.


"Apa yang saya lihat pemain kita masih lagi mengalami penyakit lama iaitu prestasi 'yo-yo' atau turun naik. Kadang-kadang bagus, kadang-kadang tak bagus.


"Jadi perkara itu perlu diberi perhatian oleh jurulatih. Tapi Pan Gon pasti mengetahui apa yang dia perlu lakukan untuk mengubah pasukan ke tahap yang lebih baik," katanya.

Ini antara yang diperkatakan oleh bekas pemain negara pada temubual bersama BH.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post