"

TMJ Mahu Taja Pertukaran Padang Stadium Bukit Jalil. Isu padang stadium bukit jalil sentiasa menjadi sebutan para peminat bola sepak negara. Stadium itu masih menggunakan jenis rumput cowgrass yang mana sudah jarang digunakan di peringkat antarabangsa. Jadi TMJ memaklumkan yang beliau mahu menaja pertukaran padang dari menggunakan jenis rumput sedia ada kepada jenis zeon zoysia seperti yang digunakan di stadium jdt.


TMJ Mahu Taja Pertukaran Padang Stadium Bukit Jalil.

TMJ Mahu Taja Pertukaran Padang Stadium Bukit Jalil.

Perkara tersebut dikongsikan kepada melalui facebook JDT sebentar tadi.


Saya telah membuat keputusan untuk menaja kos penanaman rumput baharu sebagai hadiah kepada Stadium Nasional Bukit Jalil. Ianya adalah rumput jenis Zeon Zoysia, sama seperti di Stadium Sultan Ibrahim milik JDT.


Saya telah mengarahkan pengurusan JDT untuk membantu Perbadanan Stadium Malaysia bagi memastikan Stadium Nasional tersebut mempunyai padang yang kualitinya layak untuk perlawanan bola sepak antarabangsa.


Bagaimanapun, saya ingin meminta pihak berkuasa stadium untuk memastikan padang itu dijaga dengan rapi dan semua penggunaan bukan sukan hanya dilakukan jikalau langkah-langkah yang sesuai telah dilakukan bagi memastikan padang tersebut tidak rosak.


DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

--
Kalau korang perasan tahun lepas heboh mengenai kos penyelengaraan dan pertukaran rumput di stadium bukit jalil didedahkan mencapat 10 juta ringgit. 

TMJ pelik dan kos yang digunakannya di JDT tidak sampai ke harga berkenaan. Jadi, kali ini beliau menawarkan sendiri kepakaran JDT untuk digunakan di stadium bukit jalil.

Bagi aku ini satu perkara positif dan FAM tidak perlu menunggu lama untuk dapatkan peruntukan membaiki padang yang telah lama digunakan itu.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post