"

TMJ Sumbangkan RM1.4 Juta untuk Stadium Bukit Jalil.. Tunku Ismail menyerahkan sumbangan kira-kira RM1.4 juta selain turut menaja mesin 'vertidrain' bagi memastikan kualiti padang lebih terjamin pada masa akan datang.


TMJ Sumbangkan RM1.4 Juta untuk Stadium Bukit Jalil.


TMJ Sumbangkan RM1.4 Juta untuk Stadium Bukit Jalil.

 "Kita akan letakkan pasukan penyelenggaraan untuk membantu pastikan kualiti padang. Jika diikutkan proses (tukar rumput) bermula sekarang namun kerja akan bermula Januari depan.

"Ambil masa empat bulan untuk disiapkan. Pada pandangan saya memang perlu ada padang baru berkualiti untuk masa depan.

"Padang sekarang kalau nak adakan perlawanan atau program agak memalukan kerana sekarang ini negara jiran pun sudah tukar padang," katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke SNBJ.

Tunku Ismail yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) meluangkan masa setengah jam meninjau padang SNBJ dengan diiringi Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.


Sebelum ini, Tunku Ismail mengesahkan bahawa beliau akan menaja kos penanaman rumput baharu di SNBJ.


Beliau menjelaskan rumput jenis Zeon Zoysia itu sebagai hadiah kepada gelanggang rasmi pasukan kebangsaan, Harimau Malaya.



Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post