"

 Bergson dan Forestieri Ancaman Kepada Kami - Jurulatih Ulsan Hyundai. Menjelang pertemuan antara JDT dan Ulsan Hyundai esok, jurulatih Ulsan Hyundai, Myung-bo telah menyenaraikan dua orang pemain yang boleh menjadi ancaman kepada mereka. Bergson dan Foreisteiri. Dua nama yang perlu dirantai dalam perlawanan esok hari.


Bergson dan Forestieri Ancaman Kepada Kami - Jurulatih Ulsan Hyundai


Bergson dan Forestieri Ancaman Kepada Kami - Jurulatih Ulsan Hyundai

komen Myung-bo,

"Bergson berpengalaman beraksi di Liga Korea bersama dua kelab iaitu Suwon Bluewings FC dan Busan IPark FC. Pemain itu harus diawasi dan tidak boleh membiarkan dia bergerak bebas malah kami juga perlu berjaga-jaga dengan kelibat Forestieri.


"Benteng kami perlu membuat persediaan rapi bagi menghalang kelibat dua pemain JDT itu yang memiliki lenggok badan yang mengelirukan ketika mengawal bola dan bijak menghidu ruang kosong untuk bertindak melakukan percubaan berbahaya.


"Selepas mengharungi aksi pertama yang dianggap begitu sengit dan mampu mencatat keputusan seri, kini kami akan memberi sepenuh tumpuan untuk memburu kemenangan pertama tapi harus berjaga-jaga dengan penampilan corak permainan JDT yang mungkin berbeza ketika mereka menang ke atas Guangzhou FC," katanya.


Myung-bo juga belum memikirkan untuk membuat rombakan pada barisan utama pasukan itu dalam usaha memperkuatkan kesebelasan utama bagi berdepan skuad Harimau Selatan dan sebarang keputusan akan dibuat selepas latihan terakhir petang ini.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post