"

Selangor FC Lepaskan Pemain Sukan Sea Mulai 30 April. Sejak semalam, isu pemain yang melaporkan diri untuk aksi dan kejohanan sukan sea mula menjadi bualan. Mana tidaknya, hanya 5 orang pemain yang berjaya melapor diri pada sesi latihan pertama. Tumpuan juga tertumpu kepada pasukan Selangor kerana mereka mempunyai ramai pemain yang akan turun bermain dalam sukan sea 2022.


Selangor FC Lepaskan Pemain Sukan Sea Mulai 30 April


Selangor FC Lepaskan Pemain Sukan Sea Mulai 30 April

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon berkata, persetujuan tarikh pelepasan itu sudah lama dipersetujui bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan pengendali B-23, Brad Maloney.

 "Kita dah berbincang sejak dua bulan lalu dengan FAM mengenai perkara ini, dan masing-masing bersetuju untuk Selangor lepaskan selepas 29 April ini.

"Lapan pemain yang belum melaporkan diri itu adalah dari skuad Liga Super, jadi agak sukar untuk kita melepaskan mereka ketika liga pun sedang berjalan.

"Tapi untuk tiga pemain dari Selangor II dalam Liga Perdana kita dah lepaskan bagi membolehkan mereka menyertai pasukan negara lebih awal.

"Malah dalam kenyataan pengumuman senarai nama oleh FAM pun ada menyatakan pemain akan sertai segera berperingkat selepas selesai komitmen dengan kelab," katanya ketika dihubungi Arena Metro.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post