"

 Skuad Badminton Negara tewas Ditangan India. Terkejut dengan prestasi skuad negara selepas layak ke pusingan suku akhir Piala Thomas 2022. Mereka tewas dengan jumlah 3-2 dengan negara India.

Sekali gus memusnahkan hasrat bergelar juara piala thomas 2022.


Skuad Badminton Negara tewas Ditangan India


Skuad Badminton Negara tewas Ditangan India



Dalam aksi di Impact Arena Bangkok, Thailand, Malaysia terlebih dahulu mendahului India menerusi Lee Zii Jia yang berjaya melunaskan dendam terhadap Lakshya Sen dengan kemenangan 23-21, 21-9.


India mengikat kedudukan menerusi beregunya Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty yang berjaya menjinakkan beregu kedua negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin 21-19, 21-15.


Harapan negara untuk mendahului tidak kesampaian apabila perseorangan kedua Ng Tze Yong tewas kepada Kidambi Srikanth 11-21, 17-21.


Bagaimanapun, beregu kedua negara Aaron Chia yang berpasangan dengan Teo Ee Yi menghidupkan kembali peluang apabila berjaya mengikat kedudukan 2-2 selepas menewaskan Krishna Prasad Garaga-Vishnuvardhan Goud Panjala 21-19, 21-17.


Leong Jun Hao yang berkedudukan ranking 124 dipertanggungjawabkan sebagai perseorangan ketiga tidak dapat mengekang kehebatan Prannoy HS yang menghuni ranking ke-23 dunia apabila tewas 13-21, 8-21 dalam tempoh 39 minit.


Kali terakhir Malaysia muncul juara kejohanan berpasukan yang dilabel seperti Piala Dunia bola sepak itu adalah pada edisi 1992 di Kuala Lumpur.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post