Gambar dan Video Pemain Malaysia Selepas Perlawanan Menentang Indonesia. Jakarta, Skuad negara memulakan kempen kelayakkan Piala Dunia dengan kemenangan keatas pasukan Indonesia. 3 Gol di hasilkan oleh pasukan negara dan 2 gol dihasilkan oleh pasukan Indonesia. Keputusan akhir 3-2.

Gambar dan Video Pemain Malaysia Selepas Perlawanan Menentang Indonesia

Namun kemenangan ini terpaksa dibayar dengan nyawa apabila penyokong tuan rumah bertindak menyerang penyokong Malaysia ketika perlawanan berlangsung. Ini menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan buat seketika.

Sebelum perlawanan juga, penyokong  Indonesia sudah menggangu penyokong Malaysia dengan membaling batu kepada bas penyokong. Selain itu, Tifo yang dibentangkan oleh penyokong Indonesia juga diberi perhatian serius oleh FAM apabila tertera perkataan yang tidak sepatutnya.


Gambar dan Video Pemain Malaysia Selepas Perlawanan Menentang Indonesia

p/s : ada hati cakap ultras kita yang mulakan dulu provokasi. otak dia lahh.. ni apa.. geram admin..



FAM dan KBS sedang mengumpul bukti bagi mengheret pasukan Indonesia ke FIFA dan AFC bagi pengadilan yang sewajarnya.

Selepas perlawanan, penyokong mula mengepung Ultras Malaya sehinggakan mereka terpaksa bersembunyi di sebuah bilik khas. Pihak polis terpaksa menggunakan kekerasan untuk menghuraikan rusuhan tersebut.

Para pemain dihantar pulang ke Hotel dengan menaiki Barracuda yang merupakan kereta perisai demi menjamin keselamatan pemain.



Kita harap peristiwa macam ini tidak akan berlaku lagi selepas ini. Semoga FIFA dan AFC mengambil tindakan tegas terhadap tuan rumah indonesia atas apa yang berlaku.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post