JDT DAN KEDAH FINALIS PIALA MALAYSIA 2019. Semalam telah berlangsungnya perlawanan Separuh Akhir Piala Malaysia 2019. Sememangnya perlawanan kali ini memang lain dari yang lain.

Para peminat tempatan juga tidak melepaskan peluang memberi sokongan kepada pasukan-pasukan mereka. 4 pasukan beraksi dan mereka adalah Pahang, Selangor, Kedah dan JDT.

JDT DAN KEDAH FINALIS PIALA MALAYSIA 2019


Hasil dari perlawanan ini, pasukan jdt dan kedah layak ke pusingan akhir piala malaysia 2019. Manakala pasukan Pahang dan Selangor masing-masing terkandas di separuh akhir.

" You come shah alam". 

itu ayat kontroversi yang dilontarkan oleh pemain import selangor selepas perlawanan pertama di Larkin yang menyaksikan mereka tewas kepada jdt dengan jaringan 1-2.

Dari ayat ini, ramai peminat merasakan Selangor akan membuat comeback  di halaman sendiri. Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Selangor diaibkan JDT dengan jaringan 3-0 seterusnya jdt menang dengan agregate 5-1.

" Gol tempat lawan gagal bantu Pahang"

Sebelum perlawanan kedua semalam, pasukan Pahang mempunyai kelebihan jaringan gol di tempat lawan yang banyak iaitu sebanyak 3 gol.

Bekal 3 gol ini sebenarnya mampu menarik Pahang ke Final namun sayang tak ada rezeki untuk mereka. Pasukan Kedah menang dengan kelebihan jaringan gol di tempat lawan apabila kedua-dua pasukan mencatatkan keputusan seri 5-5 di darul makmur.

Keputusan agregate 8-8 dicatatkan selepas kedua-dua perlawanan.

Tahniah diucapkan buat pasukan Kedah dan JDT. Kita jumpa di final nanti.!


Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post