3 Pemain Import Terengganu FC Tiba! Desas desus mengenai ketibaan pemain import terengganu fc yang baru terjawab apabila mereka dikatakan sudah tiba di kuala lumpur dan sedang melakukan kuarantin wajib selama 10 hari. 3 pemain itu adalah Petrus Shitembi, Christopher Herd dan Carli De Murga.


3 Pemain Import Terengganu FC Tiba!


Menurut Sumber

"Dua pemain itu (De Murga dan Herd) sudah tiba di ibu negara, proses membawa masuk mereka juga agak ketat tidak seperti biasa dan kini sedang menjalani tempoh kuarantin bersama Shitembi sebagaimana prosedur biasa bagi membendung penularan wabak pandemik Covid-19.

"Kita jangka mereka akan diperkenalkan sebagai pemain pada awal bulan depan sebelum turun menjalani latihan bersama rakan sepasukan, namun begitu ianya bergantung kepada situasi semasa.

"Apa kita harapkan kehadiran tiga pemain itu mampu membentuk keserasian dengan pemain tempatan lebih-lebih lagi skuad TFC bakal berdepan dengan pasukan gergasi Asia dalam pentas Piala AFC musim depan," kata sumber itu yang menjangkakan dua lagi tonggak dijangka tiba selewat-lewatnya sebelum hujung tahun ini.

Sumber : harian Metro.

Dua lagi pemain import iaitu Makan Konate dan juga David da Silva dikatakan tidak dapat berbuat demikian kerana masalah visa. 

Pasukan Terengganu akan menghadapi musim yang agak sukar buat mereka apabila mereka layak secara merit ke kejohanan AFC 2021 nanti. Sudah pasti persedian yang amat rapi perlu dilakukan demi mendapat keputusan yang terbaik dalam kejohanan tersebut.


 Jom tengok bola live di channel telegram kami!

klik link di bawah ini ya.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post