Arsenal, Manchester United Menang Perlawanan Terakhir Tahun 2020! Awal pagi tadi (30.12.2020) Arsenal berkunjung ke Amex Stadium untuk bertemu dengan Brighton and Hove Albion. Manakala Manchester United menerima kunjungan pasukan Wolverhampton Wanderes di Old Trafford. Kedua-dua pasukan Arsenal dan Manchester United berjaya menang tipis dengan lawan masing-masing. 


Arsenal, Manchester United Menang Perlawanan Terakhir Tahun 2020!


Arsenal seperti menerima sentuhan kembali apabila mereka berjaya mengalahkan Brighton. Gol mereka muncul pada minit ke 66 hasil jaringan pemaingantian Alexandre Lacazette. Ini juga menjadikan mereka berjaya mendapat 6 mata dari dua perlawanan terakhir mereka. 

Sementara itu, Manchester United dikerah bekerja keras sebelum menang pada minit ke 90+3. Gol tersebut dijaringkan Marcus Rashford selepas bola tendangannya terbias berlawanan dengan lompatan penjaga gol Wolve, Rui Patricio.

Kemenangan ini menyaksikan Manchester United berjaya mengumpul 4 mata dari dua perlawanan terakhir liga dan kini berada di belakang Liverpool dengan berbeza 2 mata sahaja. 

United dilihat mampu menghalang Liverpool dari memenangi liga musim ini. Mampukah mereka memenangi liga untuk musim 2021 ini? Sama-sama kita nantikan.


Keputusan Perlawanan lain yang telah berlangsung.

Isnin.

Crystal Palace 1 - 1 Leicester City

Gol: Wilfried Zaha 58'; Harvey Barnes 83'

Selasa (29/12/2020):

Chelsea 1 - 1 Aston Villa

Gol: Olivier Giroud 34'; Anwar El Ghazi 50'

Rabu (30/12/2020):

Brighton and Hove Albion 0 - 1 Arsenal

Gol: Alexandre Lacazette 66'

Burnley 1 - 0 Sheffield United

Gol: Ben Mee 32'

Southampton 0 - 0 West Ham United

Gol: -

West Bromwich Albion 0 - 5 Leeds United

Gol: Romaine Sawyers 9' (Og), Ezgjan Alioski 31', Jack Harrison 36', Rodrigo 40', Raphinha 72'

Manchester United 1 - 0 Wolverhampton Wanderers

Gol: Marcus Rashford 90 +3'

 Jom tengok bola live di channel telegram kami!

klik link di bawah ini ya.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post