Kedah Ikat Pemain dari Singapura.

Kedah Ikat Pemain dari Singapura. Menuju pembukaan liga, hampir semua pasukan liga super mencari pemain baru bagi menguatkan pasukan. Kedah Darul Aman FC antara nama besar yang dikatakan dapat mencabar kejuaraan liga musim ini turut melakukan perkara yang sama. Desas Desus mengenai pemain import kuota Asean Kedah sudah hampir untuk di lengkapkan. 


Kedah Ikat Pemain dari Singapura.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Khamal Idris Ali, Kedah sudah memilih seorang pemain import kuota Asean yang diperlukan dari Singapura seperti mana perancangan yang sedang dilakukan.


"Untuk import kuota Asean ini, kita sudah mendapat calon yang sesuai untuk bersama pasukan dan pemain yang dinantikan itu dari Singapura yang akan menyertai pasukan Kedah musim depan, namun berkaitan namanya biarlah kita umumkan secara rasmi.


"Bagi senarai nama penuh semua pemain pula, seperti mana diumumkan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Muhammad Sanusi Md Noor, selepas semua urusan penyenaraian itu selesai, kita akan membuat pengumuman secara rasmi pada 15 Januari depan.


"Kita sudah melengkapkan senarai pemain-pemain skuad Hijau Kuning ini sebanyak 98 peratus setakat ini dan InsyaAllah akan lengkap sepenuhnya dalam masa terdekat selepas semua urusan selesai." katanya.

Sumber : Harian Metro.

Selain memasukkan pemain, 13 orang pemain dilepaskan pasukan Kedah. Dijangka pasukan kedah hanya akan mempunyai 25 orang pemain bagi menghadapi saingan musim hadapan.Nanatikan pengumuman rasmi pemain Kedah Darul Aman FC pada 15 Januari 2021 nanti. 



 Jom tengok bola live di channel telegram kami!

klik link di bawah ini ya.


0/Post a Comment/Comments

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post