Keputusan EPL: Chelsea Tewaskan West Ham 3-0! Chelsea menewaskan West Ham dengan jaringan 3-0 dalam derby london yang berlangsung di Stanford bridge awal pagi tadi waktu Malaysia. Ini juga merupakan kebangkitan pasukan Chelsea selepas kalah dua kali berturut-turut.   

Keputusan EPL: Chelsea Tewaskan West Ham 3-0!


Gol pertama dijaringkan hasil dari pemain pertahanan Thiago Silva pada minit ke 10.  Ia bermula dari tendangan sudut oleh Mount dan di sambut mudah oleh Thiago Silva untuk menjaringkan gol pertama. Keputusan separuh masa pertama kekal 1-0.

Dipenghujung babak kedua,barulah Tammy Abraham menjaringkan dua gol iaitu pada minit ke 78 dan 80 untuk mengalahkan West Ham. Pada minit ke 78, Werner menggunakan ruang di sebelah kiri untuk masuk ke kotak penalti West Ham. Kemudian dia mengumpan Abraham untuk gol kedua pasukan.

Setelah kick off selepas jaringan gol itu, Abraham terus menjaringkan gol keduanya untuk menamatkan perlawanan tersebut.

Chelsea kini berada di kedudukan ke 5 Liga dengan 25 mata dari 14 pertandingan. Manakala West Ham masih di tangga ke sepuluh.



 Jom tengok bola live di channel telegram kami!

klik link di bawah ini ya.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post