Manchester United Menang, Ini Kemenangan Keenam Berturut-turut di Tempat Lawan.

Manchester United Menang, Ini Kemenangan Keenam Berturut-turut di Tempat Lawan. Awal pagi tadi waktu Malaysia, pasukan Manchester United turun ke Bramal Lane untuk menentang pasukan Sheffield United. Keputusan perlawanan, pasukan Manchester United menang keatas tuan rumah. Ini juga merupakan kemenangan keenam berturut-turut pasukan tersebut menentang pasukan di tempat lawan. 


Manchester United Menang, Ini Kemenangan Keenam Berturut-turut di Tempat Lawan.


Disebalik mencipta rekod itu, Ole Gunnar Solksjaer belum berpuas hati dengan prestasi anak buahnya itu. Solksjaer menuntuk para pemainnya supaya bermain lebih baik. " Kami perlu membuat semakan ketika bermain di tempat lawan" 

" Tanpa penonton, tiada beza bermain di tempat sendiri dan di tempat lawan. Kami harus lebih baik apabila bermain di Old Trafford berbanding di tempat lawan."


Dalam perlawanan ini, pasukan Sheffield United bermula garang apabila menjaringkan gol seawal minit ke lima apabila aksi Dean Henderson yang kurang baik dihukum pemain lawan. Gol dijaringkan David McGoldrick. 1-0!

Pada minit ke 26, Rashford menjaringkan gol hasil umpanan cantik dari Lindelof dan pada mini ke 33, Martial menjaringkan gol selepas menerima umpanan dari Pogba.

Bersambung separuh masa kedua, minit ke 51, Marcus Rashford sekali lagi menjaringkan gol keduanya dari gerakkan cantik dari tengah padang dan kemudian dia menerima umpanan dari Martial seterusnya dia menjaringkan gol.

Perlawanan terus berasing sengit dan pada mini ke 87, Sheffield United berjaya merapatkan jaringan dengan jaring dari McGoldrick. Keputusan berakhir dengan Manchester United 3-2 Sheffield United.

United kini berada di kedudukan keenam liga dengan 23 mata. Mereka hanya 5 mata dibelakang Liverpool dan United mempunyai satu perlawanan dalam tangan iaitu menentang Burnley. 

 Jom tengok bola live di channel telegram kami!

klik link di bawah ini ya.


0/Post a Comment/Comments

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post