Strategi Mourinho hadapi Jadual Padat Hujung Tahun. Jurulatih Tottenham, Jose Mourinho memperingatkan anak buahnya mengenai jadual padat liga perdana inggeris menjelang tahun baru. Saban tahun, EPL menjadi buah mulut pengurus dan jurulatih mereka kerana jadual padat ketika hari Krismaas. Mourinho juga telah mempunyai strategi sendiri untuk menghadapi jadual padat tersebut. 


Strategi Mourinho hadapi Jadual Padat Hujung Tahun.


"Sekarang adalah adaptasi pertandingan di EPL yang, sejujurnya, lebih sulit daripada pertandingan Liga Europa kerana kualiti pasukan lebih tinggi di EPL" kata pelatih asal Portugal itu.

Untuk rekod pada musim padat ini, Spurs akan menjalani tujuh pertandingan dalam 21 hari. Setiap perlawanan liga kini sangat penting buat pemain tottenham, ia kerana mereka sedang memburu juara liga perdana inggeris buat kali pertama. 

Spurs akan menentang pasukan Crystal Palace pada minggu ini dan kemudian mereka akan bertemu dengan Liverpool, Leicester City, Wolves, Fulham dan Leeds United. Selain dari jadual EPL, Spurs akan menentang Stoke City di Piala Carabao dalam tempoh yang sama.


"Begitu banyak pertandingan. Apakah kami perlu melakukan pergiliran? YA sudah pasti. Tidak mungkin bagi seorang pemain untuk bermain dalam semua pertlawanan ini dalam waktu singkat." kata Mourinho.


Dalam perlawanan menghadapi Crystal palace, Mourinh nampak seperti masih menggunakan kesebelasan utama sedia ada. Ini kerana ingin mengekalkan momentum kemenangan pasukannya.



 Jom tengok bola live di channel telegram kami!

klik link di bawah ini ya.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post