Chelsea Kalah Di Tangan Leicester City.

Chelsea Kalah Di Tangan Leicester City. Menerima kunjungan The Blues di Stadium King Power, Leicester tidak tunggu lama untuk menyerang pasukan itu. Hasilnya seawal minit keenam lagi, gawang Chelsea sudah dibolosi. Bola dari tendangan keras Wilfred Ndidi dari luar kotak penalti menggunakan hantaran dari Harvey Barnes, menghantam penjaga gol Chelsea yang dikawal oleh Edouard Mendy.


Chelsea Kalah Di Tangan Leicester City.


Pada minit ke-16, James Maddison mempunyai peluang keemasan untuk menggandakan kedudukan Leicester City. Namun, bola dari pukulan kaki kiri Maddison masih terkena palang.


Chelsea masih menghadapi masalah untuk membolosi gawang Leicester. Peluang Thiago Silva pada minit ke-21 digagalkan oleh penjaga gol The Foxes, Kasper Schmeichel.


Leicester City berjaya menggandakan kelebihan pada minit ke-41. Umpanan cantik dari Marc Albrighton dapat disempurnakan oleh James Maddison ke gawang dengan rembatan dengan kaki kanan. Skor 2-0!

Memasuki babak kedua, Chelsea, yang ketinggalan dua gol, berusaha untuk menyerang. Peluang baik terhidang bermula dari Tammy Abraham pada minit ke-50 dan 51, dan Reece James pada minit ke-54. Namun, tidak ada peluang yang membuahkan hasil.


Youri Tielemans berpeluang meletakkan namanya di papan skor sambil meningkatkan kedudukan Leicester pada minit ke-57. Namun, bola dari kaki kiri Tielemans masih dapat dihalau oleh penjaga gol Blues, Edouard Mendy.


Pada minit ke-86, Timo Werner berjaya menerobos gawang Leicester City. Namun, gol itu tidak dibenarkan oleh VAR kerana Werner berada dalam posisi offside. Keputusan akhir, Chelsea 0-2 Leicester City.


 Jom tengok bola live di channel telegram kami!

klik link di bawah ini ya.


lalala

0/Post a Comment/Comments

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post