Chelsea Menang Tipis lawan 10 Pemain Fulham. Skuad Frank Lampard menewaskan Fulham 1-0 di Craven Cottage pada hari Ahad (17/01/2021) pagi. Kemenangan Chelsea ini dibayangi rekod kemenangan tipis menentang pasukan yang bermain dengan 10 orang pemain sahaja.


Chelsea Menang Tipis lawan 10 Pemain Fulham.


Secara keseluruhan, Timo Werner dan rakan-rakannya melepaskan 21 sepakan ke gawang gol Fulham tetapi hanya menghasilkan satu gol.

Lampard mengatakan. "Banyak tekanan untuk menggerakkan bola, menyerang sayap, membukanya, membuat mereka berlari dan menciptakan peluang," 

"Kami melakukannya. Hanya kerana prestasi semasa sedikit lebih sukar, keyakinan tidak cukup di sana. Tetapi kami menjumpainya, jadi saya sangat gembira," sambungnya.

Frank Lampard percaya bahawa kemenangan ke atas Fulham akhirnya dapat dicapai sekiranya Chelsea bermain dengan tenang.

"Saya percaya pada kualiti pemain. Ada perasaan bahawa kita akan mendapat gol, kerana tekanannya berterusan. Hanya perlu bersabar dengan hantaran kami dan saya rasa kami melakukannya," lanjutnya.

Chelsea kini naik ke tangga ke-7 dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris dengan 29 mata. Sementara itu, Fulham berada di tempat ke-18 dengan 12 mata.

 Jom tengok bola live di channel telegram kami!

klik link di bawah ini ya.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post