"

Kalahkan Burnley, Manchester United Pintas Liverpool di kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris. Manchester United meraih kemenangan 1-0 ke atas Burnley dalam perlawanan lanjutan Liga Perdana Inggeris di Turf Moor, Rabu (13/1/2021) pagi. Kini United berada di kedudukan pertama liga di depan Liverpool.

Kalahkan Burnley, Manchester United Pintas Liverpool di kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris


United mendahului 36 mata, tiga mata di hadapan The Reds yang jatuh ke tempat kedua. Sementara itu, Burnley menduduki tempat ke-16 dengan skor 16.

Bermain di tempat lawan, Manchester United segera menyerang kubu lawan. Namun, Pasukan Manchester United mengalami kesukaran untuk menembusi barisan pertahanan Burnley.


Sejumlah peluang yang diperoleh menerusi aksi Bruno Fernandes pada minit ke-17 dan Anthony Martial pada minit ke-45 masih dapat digagalkan oleh penjaga gol The Clarets, Nick Pope. Hasilnya, sehingga akhir separuh masa pertama, skor 0-0 tetap tidak berubah.


Memasuki separuh masa kedua, Manchester United masih melakukan serangan sehinggakan ia memaksa burnley untuk bertahan dan sekali sekala melakukan serangan balas terhadap kubu united.. 

Akhirnya pada minit ke 71, United mendapat gol yang dinantikan. Tendangan Paul Pogba masuk ke gawang Burnley selepas dia menerima umpanan dari Rashford.

Keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan. Manchester United 1-0 Burnley. Perlawanan seterusnya adalah Manchester United akan menentang Liverpool di Old Trafford pada hari ahad ini. 


Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post