Kedah Darul Aman FC Sambung Kontrak Renan Alves. Nama Renan Alves bukanlah asing dalam bola sepak Malaysia. Mewakili pasukan Kedah selama satu musim menjadikan dia dikenali dalam kalangan peminat bola sepak. Beberapa hari lepas, ada ura-ura yang pemain Renan Alves akan disingkirkan dari skuad kedah. 

Kedah Darul Aman FC Sambung Kontrak Renan Alves.


Namun khabar tersebut terpadam dengan pengumuman yang telah dikeluarkan oleh Renan Alves yang mana dia telah menyambung kontraknya dengan KDA FC untuk musim akan datang.

Selain Renan Alves, 2 lagi pemain import Kipre Tchetche dan Kpah Sherman juga turut menyambung kontrak mereka dengan pasukan Kedah. 

Renan Alves juga turut membantu pasukan Kedah untuk mencapai kedudukan kedua liga musim lepas dan sekarang ini mereka telah layak ke Piala AFC 2021. 

Pasti, tenaga dan kudrat Renan terus ditagih untuk memberikan aksi yang terbaik pada musim baru nanti.

Semoga berjaya Renan! 

 Jom tengok bola live di channel telegram kami!

klik link di bawah ini ya.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post